Jumaat, 11 Januari 2008

Makmal j-QAF


السلام علسكم ورحمة الله تعالي و بركاته

Pertama tamanya di ucapkan syukur alhamdulillah kepada tuhan yang telah memberi segala kebaikan kepada kita, selawat dan salam ke atas junjungan rasul tercinta Muhammad S.A.W.
Sebagaimana yang kita maklum, Sek Keb Sri Melor telah terpilih sebagai sekolah yang mendapat kemudahan makmal j-QAF baru baru ini, dan untuk pengetahuan umum, makmal tersebut telahpun siap pada akhir tahun 2007. Baru baru ini saya cuba untuk mencari maklumat dari internet mengenai corak susunan dan fungsi bilik bilik makmal tersebut akan tetapi sayangnya maklumat tersebut tiada. Jadi saya mengambil inisiatif untuk meletakkan tajuk makmal j-QAF sebagai posting di dalam blog ini moga moga dapat kita kongsi maklumat maklumat tertentu, ataupun mungkin dapat kita berbincang mana mana perkara yang terlebih atau terkurang, tercacat atau tercicir.

MAKMAL j-QAF SEK KEB SRI MELOR


Makmal ini ialah ubahsuai dari kelas tahun satu yang membabitkan 3 kelas. Pada dasarnya makmal j-QAF di peruntukkan satu ruang tanah baru di sekolah akan tetapi Sek Keb Sri Melor tidak mempunyai tanah yang cukup untuk di bina makmal, maka pengubahsuaian bilik darjah kepada makmal mengambil tempat.

Makmal ini mempunyai 7 bilik. Iaitu:

1-Bilik wudhu`
2-Bilik stor
3-Bilik Khatam Al Quran /P&P Al quran
-bilik P&P Al Quran ini di bahagikan kepada 3 bahagian dengan dinding kayu yang boleh di lipat apabila di perlukan.
4-Bilik P&P Jawi
5-Bilik Utiliti
6-Bilik Persediaan guru
7-Bilik Interaktif/Komputer

Peralatan yang di bekalkan untuk bilik bilik tersebut:

  1. Bilik Khatam Al Quran
-meja guru 3 biji
-kerusi guru 3 biji
-white board 3 biji
-Soft board 3 biji
-Rak kayu 2 biji
-kabinet bercermin 3 tingkat 3 biji

2.Bilik Jawi

-meja bulat jepun 3
-meja guru 1
-kerusi guru 1
-white board 1
-soft board 1
-kabinet bertutup 2
-TV 29 berserta rak 1
-tempat basuh tangan 1
-Kerusi 30
-Meja 30

3.Bilik Utiliti

-rak simpan barang bina dalam 1

4.Bilik Persediaan Guru

-white board 1
-soft board 1
-meja berlaci bina dalam 1
-kerusi guru 3
-kabinet bercermin 3 tkt 3

5.Bilik Interaktif

-white board 1
-soft board 1
-meja komputer 1
-kerusi 7
-almari cermin berkunci 2


Di sini di lakarkan gambar makmal j-QAF Sek Keb Sri Melor